top of page
Pengenalan
Pusat jagaan Al-Shahab merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal sementara (transit) kepada golongan warga emas yang memerlukan khidmat bantuan untuk memberi peluang kepada waris atau penjaga mereka mencari nafkah hidup atau menjalankan urusan tanpa penyertaan ibu atau bapa mereka, misalnya bertugas luar kawasan, melancong, menjalankan ibadat Haji atau Umrah atau aktiviti-aktiviti lain.
Waris atau penjaga warga emas ini kerap kali berhadapan dengan dilema untuk mencari tempat bagi meninggalkan ibu atau bapa mereka semasa ketiadaan mereka. Waris atau anak-anak terpaksa meninggalkan ibu atau bapa berseorangan di rumah tanpa pengawasan dan penjagaan sempurna. Hal ini banyak mengganggu emosi dan psikologi, malahan kehidupan harian mereka yang terlibat. Oleh sebab itu, Pusat Jagaan Al-Shahab ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara yang selesa dan kondusif bagi keluarga dan golongan warga emas yang memerlukan bantuan dan khidmat bimbingan daripada pusat ini.


Objektif Penubuhan
​
-
Mendapat peluang menjalani kehidupan pada hujung usia.
-
Mendalami ilmu agama dengan lebih berkesan.
-
Meningkatkan kemampuan untuk berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
-
Meningkatkan maruah & harga diri serta kualiti hidup.
-
Memajukan potensi agar terus aktif dan produktif
-
Meningkatkan kerjasama dan perhubungan antara warga emas dan institusi.
Visi
Meningkatkan Amalan Duniawi dan Ukhrawi.
Misi
Membangunkan Kehidupan Ummah ke Arah Kesempurnaan Diri.
Motto
Berbakti Tanggungjawab Bersama.



bottom of page