top of page

Garis Panduan Lawatan

​

  1. Setiap penghuni institusi dibenarkan menerima lawatan daripada waris, keluarga , dan sahabat.

  2. Pelawat boleh memohon untuk melawat penghuni di institusi dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

  3. Permohonan lawatan secara individu oleh keluarga perlu dikemukakan 7 hari sebelum lawatan.

  4. Permohonan lawatan berkumpulan (cth.Persatuan, Syarikat, Pertubuhan dan lain-lain) perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh lawatan.

  5. Masa lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

​

Peraturan Semasa Lawatan

​​

​

​

 

Polisi Lawatan

AL-SHAHAB CARE CENTRE menggalakkan saudara mara, waris terdekat dan sahabat handai mengadakan lawatan. Sila buat temujanji atau beri makluman awal tentang kehadiran pihak anda.

  1. Memastikan kerahsiaan peribadi penghuni yang berada di pusat jagaan terpelihara. Semua maklumat latar belakang penghuni tidak boleh didedahkan kepada pihak  luar.

  2. Memberi keutamaan kepada kebajikan penghuni dan menghormati hak-hak mereka.

  3. Tidak melayan atau memperlakukan penghuni dengan kasar.

  4. Tidak melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan penghuni atau yang boleh menimbulkan kesedihan.

  5. Sentiasa menghormati penghuni walau apa keadaan dan latar belakang mereka.

  6. Tidak dibenarkan merakam gambar penghuni kecuali dengan kebenaran mereka atau pihak pengurusan.

  7. Mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan bagi pengesahkan maklumat yang diberi oleh penghuni.

  8. Tidak dibenarkan merokok dalam kawasan premis.

  9. Mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

© 2018 by Al-Shahab Care Centre

  • w-googleplus
  • w-facebook
  • Twitter Clean
bottom of page